Kamis, 30 Juli 2009

SEJARAH AMERIKA

Posted by hanif is AREMA 23.30, under | No comments

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika. Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas.

Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti Perang Saudara Amerika (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu Kemelesetan Besar (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia. Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah serangan 9/11 pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan pengganas.

Dari segi sejarah, negara ini telah terlibat dalam beberapa perang dunia yang besar, dari Perang 1812 menentang British, dan berpakat pula dengan British sewaktu Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Era 1960an menyaksikan Amerika terlibat di dalam Perang Dingin menentang kuasa besar yang lain iaitu Kesatuan Soviet serta pengaruh komunisme. Dalam usaha untuk membendung penularan komunisme di Asia, AS terpaksa terlibat dalam Perang di Korea, Vietnam dan terakhir sekali di Afghanistan. Selepas kejatuhan dan perpecahan Soviet, AS bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat di dunia. Sewaktu 1990an, AS mengisyhtiharkan dirinya sebagai polis dunia dan tenteranya telah beraksi di Kosovo, Haiti, Somalia dan Liberia, dan Perang Teluk I menentang Iraq yang menceroboh Kuwait. Selepas serangan pengganas pada 11 September, 2001 di World Trade Center dan Pentagon, AS melancarkan serangan balas ke atas Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban di sana dan pada tahun 2003 melancarkan Perang Teluk II menentang Iraq untuk menyingkirkan regim Saddam Hussein.

0 ocehan:

Posting Komentar

Tags

Labels

Blog Archive


ShoutMix chat widget